Desa Home lancar cawangan di One City

in Bisnes by


DESA Home, peruncit kelengkapan dan barangan hiburan rumah, meluaskan rangkaian perniagaannya dengan membuka cawangan baharu di One Space, The Square di One City, Subang Jaya, Selangor awal bulan ini, melibatkan pelaburan berjumlah RM5 juta.


Pengarah Urusan Desa Home Theatre Sdn Bhd, Jack Tan berkata, One City menjadi cawangan kedai elektrik Desa Home yang terbesar di Lembah Klang.


“Selama 22 tahun Desa Home dalam industri elektrik, kami berhasrat untuk meneruskan nilai teras syarikat dalam menawarkan produk yang terbaik kepada pelanggan.


“Pada masa sama, kami akan memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan memenuhi keperluan dan jangkaan mereka,” katanya sempena pelancaran Desa Home cawangan One City, baru-baru ini.


Pelbagai barangan terdiri daripada pelbagai jenama terkemuka dijual di Desa Home, antaranya Sony, Samsung, LG, Toshiba, Philips, Haier, Hisense, Sharp, Electrolux, KEF dan banyak lagi.


Menariknya, semua kakitangan Desa Home mempunyai kemahiran profesional dalam memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan korporatnya.


Pada majlis pelancaran tersebut, Desa Home telah menawarkan tawaran hebat dengan diskaun sehingga 80 peratus, hadiah percuma, rebat baucar dan jaminan wang dikembalikan tertakluk kepada terma dan syarat, kepada pelanggan yang hadir sempena pembukaan kedai tersebut pada 2 hingga 5 November lalu.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]