Ingatan Putera Charles, Camilla pada mangsa banjir

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Putera Charles dan isteri Camilla, Duchess of Cornwall menghabiskan hari kedua terakhir dalam lawatan selama seminggu ke Malaysia dengan melawat Pulau Pinang dan ternyata pasangan Diraja British itu berkongsi kesedihan mereka terhadap mangsa banjir di negeri di utara  Malaysia itu.


“Their thoughts are with those affected by the flooding (ingatan mereka bersama-sama mereka yang terjejas banjir),” menurut tweet daripada Clarence House, kediaman rasmi Prince of Wales dan Duchess of Cornwall.


Dalam tweet yang dihantar sebelum lawatan baginda berdua ke Pulau Pinang – negeri yang terdiri daripada sebuah pulau dan sebahagian tanah besar di Semenanjung Malaysia – Clarence House berkata pasangan diraja itu tidak sabar-sabar untuk ke Pulau Pinang, yang pada asalnya dikenali sebagai ‘Prince of Wales Island’.


Kunjungan Putera Charles dan Camilla ke Malaysia adalah sebahagian daripada lawatan baginda berdua ke Singapura, Malaysia dan India dari 30 Okt hingga 9 Nov.


Banjir di Pulau Pinang menyebabkan ribuan penduduk ditempatkan ke pusat pemindahan serta mengorbankan tujuh nyawa, dengan pelbagai sumber telah digerakkan untuk membantu mangsa. –Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]