Paradise Papers dedah skandal cukai

in Global by


BERLIN – JERMAN. Masyarakat antarabangsa sekali lagi dikejutkan pendedahan jutaan dokumen digelar Paradise Papers selepas pembongkaran skandal pengelakan cukai di luar pesisir melibatkan golongan atasan menerusi Panama Papers tahun lalu.


Sejumlah 13.4 juta dokumen yang dibocorkan pada kali ini membongkar skandal cukai golongan elit Barat.


Salah satu pendedahan terbesar Paradise Papers adalah pelaburan Setiausaha Perdagangan Kabinet Presiden Amerika Syarikat, Walibur Ross dan pemilik perkapalan yang merekodkan pendapatan lebih AS$68 juta (RM287 juta) sejak 2014 dalam syarikat tenaga Rusia yang sebahagiannya dimiliki Presiden Vladimir Putin.


Ia turut dedah hubungan Rusia dan golongan atasan, urusan perniagaan pemberi dana Perdana Menteri, Justin Trudeau dan kepentingan luar pesisir permaisuri Britain, Ratu Elizabeth II serta lebih 120 ahli politik dunia.


Maklumat baharu yang dedah cara golongan atasan melindungi kekayaan mereka menggunakan akaun luar pesisir itu diperoleh daripada firma undang-undang Appleby Group Services Ltd di Bermuda dan didedahkan akhbar Jerman, Süddeutsche Zeitung serta dikongsi media 67 negara melalui Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa. – Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]