Samun berparang: Dua penganggur dicekup

in Semasa by


KLANG – Dua lelaki yang dipercayai melakukan jenayah samun berparang di kedai serbaneka di Sungai Klang akhirnye dicekup dalam serbuan berasingan di Klang.


Tangkapan dibuat di tepi Sungai Klang dan Taman Sentosa pada 26 Oktober dan semalam.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, hasil risikan dan maklumat tangkapan pertama berjaya menahan seorang lelaki berusia 41 tahun, kira-kira jam 6 petang.


“Sebuah topi keledar yang dipercayai digunakan ketika samun telah dirampas.


“Malah semakan dibuat turut mendapati suspek yang tidak bekerja ini memiliki 14 rekod jenayah lampau bersabit kes dadah, samun, curi motosikal dan pemerasan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, hari ini.


Mengulas lanjut, susulan itu, soal siasat berjaya membawa penahanan seorang lagi individu berusia 30-an kira-kira jam 6 petang di Taman Sentosa, Klang, dipercayai rakan sejenayah suspek pertama.


Katanya, suspek yang juga tidak bekerja ini turut memiliki satu rekod lampau bersabit pemerasan.


“Dengan tertangkapnya dua individu yang positif dadah ini, kita percaya telah menyelesaikan dua kes samun kedai serbaneka di Klang. Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti sama ada mereka ada terlibat jenayah di daerah lain,” katanya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]