Sebulan tak perlu bayar sewa

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


MELAKA TENGAH – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memberi pengecualian sewa selama sebulan kepada 300 peniaga pasar yang dipindahkan ke Pasar Transit Melaka di Jalan Tun Fatimah, Bachang, di sini sejak awal bulan ini.


Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman berkata, pengecualian sewa antara RM240 dan RM600 bergantung kepada keluasan kedai memberi peluang peniaga melakukan proses pemindahan serta menyusun barang-barang.


Selain itu, katanya, MBMB juga sudah membekalkan meter pukal sebelum peniaga masing-masing membuat proses pemasangan meter kepada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).


“Harap peniaga jaga apa yang ada dalam kawasan kita. Walaupun sewa dibayar pada MBMB tetapi ini adalah milik kita bersama. Biarlah bersih dan terhindar daripada perkara tidak diingini,” katanya.

Ismail dan Sazali (tengah) bersama peniaga yang turut serta pada lawatan di Pasar Transit Melaka,semalam.


Beliau berkata, walaupun ada peniaga yang mengadu tidak ramai orang datang, namun beliau percaya bilangan pelanggan akan meningkat sedikit demi sedikit.


Ini kerana, katanya, ramai yang masih belum tahu tentang kewujudan tempat baharu itu.


Bagaimanapun, Ismail yang juga Adun Kuala Linggi berharap MBMB menyediakan lebih banyak lot tempat letak kenderaan kerana tempat sedia ada masih tidak mencukupi.


“Setakat ini hanya terdapat 232 lot sedangkan gerai di pasar itu terdapat 311 unit niaga. Tempat letak kenderaan ini penting bagi mudahkan orang ramai membeli barang keperluan di pasar itu.


“Namun begitu, mereka yang tidak mempunyai kenderaan boleh menaiki bas panorama setiap 15 minit sekali dengan bayaran RM1,” katanya ketika membuat lawatan di Pasar Transit Melaka, semalam.


Hadir sama, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Sazali Muhd Din dan Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu.


Ismail berkata, bangunan yang masih dalam tempoh tanggungan cacat itu juga membenarkan peniaga membuat penambah baikan di gerai masing-masing tetapi  perlu menghantar permohonan terlebih dahulu agar segala penambah baikan itu seragam dan mendapat kelulusan MBMB.


Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, bangunan Pasar Melaka Sentral sudah dikosongkan sepenuhnya berikutan struktur asas tanah semakin mendap dan tidak mampu bertahan lama.


Beliau turut menafikan dakwaan tanah itu sudah dijualkan kepada pelabur Singapura, sebaliknya kawasan itu akan diteruskan dengan projek pembinaan pasar moden kerana lokasinya strategik bersebelahan terminal bas.


“Kita sedang menunggu laporan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) dalam tempoh sebulan untuk kita lebih terperinci tahap keselamatan tapak itu agar hasrat untuk membina pasar moden tercapai,” katanya.


Sementara itu, peniaga di medan selera, Awal Juki, 53, berkata, dia berpuas hati dengan keadaan pasar transit yang selesa dan cantik.


Bagaimanapun, katanya, terdapat masalah seperti lantai tidak sekata perlu diberikan perhatian sewajarnya pihak berkenaan.


“Tempat memang dah cantik dan selesa. Tapi disebabkan lantai tidak sekata menyebabkan air dalam kedai bertakung.


“Saya harap ada cara dapat menyelesaikan masalah berkenaan demi kebaikan bersama,” katanya.

Awal


Bagi Nordin Ariffin, 45, pula, selain turut mengalami masalah air bertakung, dia juga berharap peniaga di medan selera dilengkapi kemudahan tirai kerana matahari memancar masuk ke medan selera itu dan menimbulkan rasa kurang selesa kepada peniaga.


“Harap diletakkan tirai di bahagian depan. Jika tidak kami terasa silau dah bahang. Pelanggan pun tak selesa,” katanya.katanya.

Nordin


Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puncak Alam, Bakhtiar Dollah turut memberikan sokongan moral terhadap calon SPM SMK Puncak Alam.


Katanya, jawatankuasa PIBG SMK Puncak Alam mengambil bahagian dalam Program Meal For Everybody (MFE) sempena Amalan Guru Penyayang (AGP) sekolah.


“Jawatankuasa PIBG terlibat secara langsung dalam program memberi makanan percuma kepada Dine Together Programme MFE ini bagi memberi semangat kepada calon SPM. Program ini sudah bermula sejak  2016 lagi yang mana guru dan jawatankuasa PIBG menyediakan makanan percuma kepada semua pelajar semasa rehat,” katanya.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]