Usah ghairah bentang bajet 'lagho'

in Uncategorized by


PARIT BUNTAR – Kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir digesa tidak terlalu ghairah membentangkan bajet negeri Perak 2018 dengan sekadar menumpukan ‘gula-gula’ pilihanraya dan perkara ‘lagho’.


Adun Titi Serong, Abu Bakar Hussain berkata, sebaliknya pembentangan bajet negeri Perak 2018 yang akan dibentangkan pada penghujung bulan ini mesti menjurus kepada keutamaan menyelesaikan isu-isu keperluan asas yang didambakan rakyat negeri ini.


Menurutnya, penumpuan bajet yang akan dibentangkan mesti lebih berbentuk ‘memberi joran’ untuk mengubah kehidupan rakyat memerlukan, daripada sekadar ‘memberi ikan’ demi meraih sokongan undi pilihanraya semata-mata.


“Bagi saya, paling penting kerajaan negeri perlu menumpukan isu yang lebih dekat dengan rakyat seperti penurunan cukai serta harga barang, penambahan subsidi-subsidi untuk rakyat negeri ini dan mencari inisiatif mengurangkan beban himpitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST) yang mentraumakan rakyat.


“Selain itu, kerajaan negeri juga digesa agar menunaikan janji kepada rakyat dalam memenuhi ‘slogan tiada yang tertinggal, tiada yang terpinggir’ kerana pada hakikatnya, pembangunan rakyat luar bandar terutama di daerah-daerah pinggiran masih terlalu lambat jika dibandingkan daerah-daerah tertentu,”katanya kepada media di sini hari ini.


Abu Bakar berkata demikian bagi mengulas laporan muka hadapan Sinar Harian menyiarkan kenyataan Dr Zambry menegaskan pembangunan Perak di bawah kerajaan BN beri impak lebih baik kepada rakyat berbanding kerajaan pembangkang.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]