Bayi masih bertali pusat ditemui di surau stesen minyak

in Semasa by


SERI KEMBANGAN – Pengunjung sebuah stesen minyak di Taman Equine, di sini gempar dengan penemuan seorang bayi lelaki masih bertali pusat di surau perempuan stesen minyak itu, pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner  Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, Bilik Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menerima maklumat dari orang awam berkaitan penemuan bayi lelaki itu kira-kira jam 7.20 pagi.


Menurutnya, bayi ditemui masih hidup dalam keadaan berbungkus kain batik dan ditemui dalam beg kertas yang ditinggalkan di surau berkenaan.


“Bangsa bayi belum dapat dipastikan namun hasil pemeriksaan kesihatan dijalankan di Hospital Serdang mendapati dia sihat.


“Polis kini mengesan individu yang meninggalkan bayi di situ dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.


Sehubungan itu, pihaknya memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya berhubung dengan pihak polis bagi membantu siasatan.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]