Berjaya elak kereta musnah terbakar

in Edisi Selangor KL by


SABAK BERNAM – Tindakan pantas Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam menghubungi anggotanya menyelamatkan sebuah kereta musnah terbakar dalam kejadian berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sabak Bernam, di Tebuk Pulai di sini, malam tadi.


Kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu berlaku sewaktu, Mohd Saufi Zakaria dalam perjalanan dari Sabak Bernam menghala ke Sungai Besar untuk satu urusan.


Mohd Saufi berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia melihat kelibat seorang lelaki berusia lingkungan 50-an berusaha memadamkan kebakaran bahagian enjin kereta jenis Volvo tersebut di bahu jalan.


“Saya berhenti dan kemudiannya terus menghubungi anggota bertugas di balai,” katanya kepada Sinar Harian.


Beliau berkata, difahamkan kereta itu ditunda sebuah kenderaan lain kerana rosak dan secara tiba-tiba berlaku kebakaran pada bahagian enjinnya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]