Foto gajah diserang bom petrol menang anugerah

in Global by


BENGAL BARAT – INDIA. Sekeping foto yang menunjukkan seekor gajah dewasa dan seekor anak gajah dilontar bom petrol memenangi anugerah Photograph of the Year 2017.


Laporan News AU mengatakan foto bertajuk ‘Hell is Here’ oleh Biplab Hazra menunjukkan kedua-dua haiwan melarikan diri selepas menghampiri perkampungan manusia.


Bom petrol dilontar untuk melarang haiwan tersebut merosakkan tanaman.


Penggunaan api dan melontar mercun memang cara biasa yang digunakan penduduk di Jhargram untuk mengalau gajah.


Kata Biplab, kedua-dua haiwan berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan masih hidup selepas serangan.


Anugerah diberikan oleh Sanctuary Nature Foundation yang berpusat di Mumbai.


Agensi tersebut menyasarkan pemeliharaan biodiversiti dan hubungan komuniti.


Source: SH Global

[featured-video-plus]