Himpunan buat Rohingya 1 Disember ini

in Nasional by


SHAH ALAM – Satu Himpunan besar-besaran demi membantu pelarian Rohingya akan di adakan pada satu Disember 2017 ini.


Perhimpunan anjuran sekretariat World Day of Anger (WODA) dengan kerjasama Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Malaysian Community Care Foundation (MCCF), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas)  dan Seniman Malaysia (Seniman) itu akan diadakan di kawasan yang akan dimaklumkan nanti.


“Perhimpunan ini menjemput semua lapisan masyarakat tanpa mengenal sempadan umur, bangsa dan agama.


“Perhimpunan ini juga dijangka akan di hadiri oleh pimpinan negara,  pimpinan parti politik, pimpinan NGO dari seluruh negara,  pengiat seni dan para aktivis kemanusiaan,” petik kenyataan jurucakap himpunan berkenan.


Dalam pada itu, selari dengan program perhimpunan, satu “Konsert Kemanusiaan” – Soladiriti Ke atas etnik Rohingya turut akan diadakan.  


Dalam rangka promosi sebelum kemuncak perhimpunan tersebut,  program ‘Kembara Watikah’ – Kebangkitan Dan Pembebasan Rohingya akan dianjurkan dengan kerjasama gabungan Kelab-Kelab Bikers seluruh negara.  


Manakala Majlis Pelancaran Tabung Rohingya -‘1Rakyat 1Ringgit’ akan di lancarkan dengan kerjasama pihak rakan media.  


Pihak Sekretariat WODA juga tidak melupakan nasib yang menimpa mangsa banjir di negeri Pulau Pinang dan Kedah.


Difahamkan, beberapa kumpulan rakan-rakan NGO telah pun di hantar untuk menghulurkan bantuan.


“Pihak sekretariat menyeru agar semua rakyat Malaysia turut sama membantu mangsa banjir di Pulau Pinang dan Kedah tanpa melupakan juga bantuan kemanusiaan Rohingya,” petik kenyataan itu lagi.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]