Idris, Khairy kongsi aspirasi bersama anak muda

in Nasional by


KUANTAN – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hadir berkongsi pentas bagi mendengar serta berkongsi aspirasi bersama anak muda sempena Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, di sini, malam ini.


Hampir 5,000 orang termasuk warga UMP hadir ke program membabitkan dua kementerian tersebut.


Program aspirasi yang bertemakan ke arah sistem pendidikan terbaik dunia itu bertujuan memperkasakan pembangunan negara demi generasi akan datang.


Turut hadir, Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim.


 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]