Jakel serah hadiah umrah

in Bisnes by


GEDUNG membeli-belah tekstil terbesar, Jakel Trading Sdn Bhd (Jakel) memperuntukkan hadiah eksekutif pakej Umrah dan wang tunai bernilai RM1.53 juta kepada 6,000 pemenang Jualan Akhir Tahun 2016.


Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, kempen julung kali ini diadakan di semua cawangan Jakel seluruh negara bagi menghargai pelanggan setia sempena kempen Jualan Akhir Tahun 2016 yang berakhir pada Mei lalu.


“Bagi kempen ini, kami menerima lebih 350,000 penyertaan dan sebanyak 6,000 pemenang layak menerima pelbagai hadiah setiap minggu termasuk pakej Umrah.


“Pakej Umrah ini adalah yang pertama kali pernah ditawarkan kepada 40 pasangan tahun ini,” katanya dalam majlis taklimat ringkas dan penyerahan cek kepada Tabung Haji di Jakel Mall, baru-baru ini.


Menurutnya, melihat sambutan tahun ini, Jakel turut meningkatkan jumlah pemenang pada kempen 2016/2017 kepada 100 pasangan, sekali gus kempen tahunan syarikat.


“Kami mahu lihat lebih ramai pelanggan dapat pergi umrah, khususnya kepada golongan yang kurang berkemampuan,” katanya.


Mohamed Faroz berkata, kesemua pemenang akan berlepas tunai umrah dalam dua kumpulan iaitu kumpulan pertama ke Makkah pada 19 hingga 29 November ini. Manakala, kumpulan kedua pada 22 Disember hingga 1 Januari 2018.


Kempen Jualan Akhir Tahun 2016  lalu, menawarkan hadiah wang tunai dan pakej Umrah dengan pembelian serendah RM250 hingga RM1,000.


“Kita tukar hadiah kepada wang tunai, yang mana pembelian RM250, pembeli berpeluang menerima hadiah wang tunai RM250 dan begitu juga bagi RM500,” katanya.


Jakel juga bakal adakan kempen Jualan Akhir Tahun pada 24 November hingga 31 Disember 2017 dengan tawaran kain serendah RM1.90 semeter.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]