Rancangan serang majlis anak Jokowi gagal

in Global by


JAKARTA – INDONESIA. Pasukan polis anti-pengganas Indonesia menahan seorang anggota militan yang merancang untuk menyerang majlis perkahwinan anak perempuan Presiden, Joko Widodo.


Menurut laporan SCMP, suspek juga merancang untuk meyerang kedutaan Myanmar di Indonesia.


Jurucakap polis, Raden Argo Yuwono mengatakan Rizky Anggara Putra, 25 ditahan di rumahnya di Bekasi, kelmarin.


Raden mengatakan suspek yang tinggal bersama ibunya yang berumur 44 tahun merupakan penyokong kumpulan pengganas Daesh.


Perkahwinan Kahiyang Ayu hari ini bertempat di Solo, Jawa Tengah dan 8,000 hadirin termasuk duta luar negara dijangka hadir.


Source: SH Global

[featured-video-plus]