Ringgit terus kukuh berbanding dolar AS

in Bisnes by


KUALA LUMPUR – Ringgit terus mengukuh dan dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, dengan semakin ramai pelabur beralih kepada mata wang pesat membangun, termasuk ringgit, susulan wujud kebimbangan mengenai rang undang-undang percukaian AS, ketika harga minyak mentah meningkat, kata peniaga.


Pada 9.25 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.2270 / 2300 berbanding dolar AS daripada 4.2285 / 2305 pada  Selasa.


Ringgit bagaimanapun didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.


Unit tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0994 / 1034 daripada 3.0983 / 1009 pada  Selasa dan menyusut berbanding yen kepada 3.7134 / 7167 daripada 3.7001 / 7022 semalam.


Ringgit juga menyusut kepada 5.5665 / 5718 daripada 5.5605 / 5635 berbanding pound British pada Selasa dan susut berbanding euro kepada 4.9008 / 9055 daripada 4.8907 / 8938, sebelum ini. – Bernama

 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]