Adinda Tunku Muhriz mangkat

in Semasa by


SEREMBAN – Adinda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Tunku Datin Deanna Tuanku Munawir mangkat di Hospital Pakar Damansara, Kuala Lumpur, hari ini.


Setiausaha Sulit Tuanku Muhriz, Mohd Nizam Mohd Akhir berkata Almarhum Tunku Datin Deanna, 62,  menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 4.24 petang kerana menghidapi masalah diabetes.


Beliau berkata jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, untuk urusan pemakaman di Makam Diraja Seri Mernanti selepas solat Jumaat esok.


Almarhum meninggalkan suami Tengku Datuk Amran Tengku Mohd Yusof dan tiga puteri berusia 34 tahun hingga 41 tahun. – Bernama


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]