Banjir: Sukarelawan Bersatu Merbok agih beras

in Edisi Utara by


SUNGAI PETANI – Pasukan Sukarelawan Bersatu Merbok berjaya melaksanakan misi bantuan kepada mangsa banjir apabila selesai mengagihkan 250 kampit beras kepada beberapa bahagian terjejas.


Ketua Bahagiannya merangkap Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Kedah, Mejar Anuar Abdul Hamid berkata, antara kawasan yang dikunjungi termasuk Kampung Bedong, Semeling Kiri, Semeling Kanan, Kampung Pasir, Kampung Simpang Tiga Pasir, Kampung Tok Sora dan Kampung Jilid 3.


“Antara kawasan lain yang turut tersenarai ialah Kampung Pengkalan Bujang, Kampung Sungai Baru  dan Kampung Sungai Gelam,” katanya.


Barangan lain yang disumbangkan selain beras termasuk sardin, mee segera ,kopi, gula, roti dan minyak masak.


Kunjungan terakhir ialah di Taman Murni, Permaipura di mana hampir 40 buah rumah dinaiki air.


“Alhamdullilah pasukan sukarelawan Bersatu Merbok dapat melaksanakan bantuan ini dengan sempurna tanpa sebarang insiden,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]