Gempa bumi sederhana landa Indonesia

in Global by


JAKARTA – INDONESIA. Gempa bumi sederhana dengan kekuatan yang berbeza melanda beberapa wilayah di Indonesia, Maluku Utara, Lampun dan Bali pada Khamis.


Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika, daerah Halmahera Barat di Maluku Utara  digegarkan  oleh gempa bumi berukuran 5.3 pada skala Richter pada jam 1.11 pagi waktu tempatan  pada  Khamis.  


Pada jam 2.17 pagi hari yang sama, satu lagi gempa bumi sederhana 5.3 pada sekala Richter, dikesan di daerah Pesarawan, Wilayah Lampun.


Satu lagi gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di Bali pada 5.54 pagi, kata agensi itu di dalam laman sesawang rasminya.


Gempa bumi itu tidak mengakibatkan ancaman tsunami dan tiada laporan kehilangan jiwa dan kerosakan  harta benda diterima dalam masa terdekat. – Bernama


Source: SH Global

[featured-video-plus]