Hodak akur kehebatan Taeguk Warriors

in Sukan by


MALAYSIA gagal dalam misi mencipta kejutan ke atas Korea Selatan apabila tumbang 0-3 aksi terakhir Kumpulan F Kelayakan Kejuaraan B-19 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Awam Paju, petang semalam.


Kekalahan itu menyaksikan skuad negara gagal meraih slot automatik ke Indonesia tahun depan apabila sekadar menduduki tangga kedua kumpulan.


Bagaimanapun, kekalahan itu belum menutup peluang skuad negara untuk menjadi antara satu daripada lima pasukan naib juara terbaik sepanjang kempen berkenaan.


Menurut format kejohanan lima pasukan terbaik di tangga kedua dalam 10 kumpulan akan mara pusingan seterusnya.


Bagi Hodak, Malaysia terpaksa akur ketangkasan lawan yang memiliki kualiti tinggi jika dibandingkan dengan mereka.


“Kami mempunyai beberapa peluang separuh masa pertama, tapi pemain Korea Selatan terlalu bagus berbanding pemain negara.


“Mereka menunjukkan tahap kualiti yang berbeza dan saya akui masih banyak aspek yang perlu ditingkatkan pemain Malaysia,” kata pengendali berusia 46 tahun itu.


Pada aksi itu, skuad negara dibolosi tiga gol dalam babak pertama, bermula dengan jaringan Um Wonsang pada minit ke-12.


Ketika Malaysia berusaha keras untuk memburu gol penyamaan, gawang negara dihukum dengan dua lagi gol yang dihasilkan ketika perlawanan menuju waktu rehat.


Kim Jung Min, yang diberi ruang menyempurnakan gerakan sebelah kiri, menewaskan penjaga gol negara, Azri Abdul Ghani pada m-38.


Sepakan penalti dalam masa tambahan babak pertama menerusi Cho Young Wook membolehkan Korea Selatan meraih kemenangan selesa 3-0.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]