Kemalangan lima kenderaan di Semenyih

in Edisi Selangor KL by


SEMENYIH – Kemalangan melibatkan lima buah kenderaan berlaku di lampu isyarat Bandar Sunway di sini, hari ini.


Sumber bomba berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jamĀ  11.48 pagi.


“Setibanya di lokasi didapati benar berlaku kemalangan.


“Sebanyak lima buah kenderaan terlibat iaitu dua lori dan tiga kereta,” katanya dalam kenyataan.


Jelasnya lagi, kesemua mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihaknya tiba.


Katanya, operasi itu disertai tujuh anggota dan mereka bertindak mengawal lalu lintas dan membersihkan tumpahan minyak hitam sehingga selesai.


Difahamkan, hanya seorang mangsa yang merupakan pemandu lori tar alami kecederaan.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]