Kembalikan subsidi jika harga naik mendadak

in Nasional by


SHAH ALAM – Kerajaan digesa agar mengembalikan sedikit subsidi seandainya harga minyak naik mendadak.


Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Dr Shazali Abu Mansor berkata, harga minyak ini merupakan satu perkara yang sangat sensitif kepada rakyat, oleh itu kerajaan perlu peka mengenai perkara ini.


“Ia sering dijadikan ukuran oleh rakyat bagi mengukur kos sara hidup.


“Oleh itu kerajaan hendaklah bersedia macam mana nak memberi menfaat kepad rakyat jika harga terus meningkat,” katanya kepada Sinar Online.


Dalam pada itu mengulas mengenai kenaikkan harga minyak semalam, Shazali berkata, kenaikkan harga minyak semalam sejajar dengan kenaikkan harga minyak dunia.


“Perkara ini memang diketahui umum bila harga minyak dunia turun pengguna dapat penurunan harga minyak secara berturut-turut juga,” katanya.


Dalam pada itu, katanya, kenaikkan harga minyak bererti juga peningkatan pendapatan kepada kerajaan.


Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 meningkat 7 sen, menjadi RM2.31 seliter dari RM2.24.


[ARTIKEL BERKAITAN: RON95 naik 7 sen, RON97 naik 6 sen]


Petrol RON97 pula naik 6 sen, menjadi RM2.60 dari RM2.54 seliter.


Harga diesel pula naik 3 sen, menjadi RM2.20 dari RM2.17,kesemua harga baru berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam ini sehingga 15 November depan.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]