Kerajaan sedia pengecualian cukai 5+5 tahun

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Kerajaan menyediakan pelbagai insentif termasuk pengecualian cukai dengan tempoh 5 + 5 tahun bagi membantu syarikat start-up atau pemula niaga memajukan perniagaan termasuk menembusi pasaran antarabangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Beliau berkata, kerajaan melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) turut melaksanakan program Global Acceleration and Innovation Network (GAIN) bagi menyediakan khidmat nasihat dan kepakaran kepada syarikat teknologi tempatan yang berpotensi.


“Sebanyak 149 syarikat tempatan berteknologi tinggi telah mendapat manfaat daripada program seperti ini,” katanya dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]