Mangsa keenam kebakaran meninggal dunia

in Edisi Utara by


SUNGAI PETANI – Mangsa keenam insiden kebakaran empat buah rumah papan di Kampung Sungai Gelugor di Taman Petani Jaya, dekat sini, Selasa lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar har ini.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, mangsa lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Shamsul, 45, berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kebakaran HSB sebelum meninggal dunia pada jam 2.15 petang ini.


Polis juga telah memaklumkan perkara ini kepada Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya, katanya dalam kenyataan media di sini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Lima rentung dalam kebakaran empat rumah]


Dalam kejadian jam 4 pagi itu, lima mangsa warga Indonesia rentung dalam kebakaran tersebut termasuk isteri Shamsul, Tobiyah, 40-an.


Empat mangsa lain terbunuh termasuk pasangan suami isteri, dikenali sebagai Mat Holil Tubat, 40, dan isterinya, Ume, 35, Habi Tokrimin, 40, dan Misbah Hul Anwar, 17. – Bernama


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]