Pemuda dijel lima tahun, satu sebatan

in Edisi Terengganu by


KUALA TERENGGANU – Bahana dadah, seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini, semalam.


Tertuduh, Afizam Arman, 26, sebelum itu mengaku bersalah di hadapan Hakim Azman Mustapha sebaik pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39C(1) ADB 1952 itu dibacakan.


Mengikut pertuduhan, pada 14 April 2016 iaitu kira-kira jam 5.45 pagi bertempat di pejabat narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, tertuduh didakwa telah memasukkan dadah jenis Methamphetamine ke dalam badannya.


Dia juga mempunyai empat rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, antara tahun 2010 hingga 2016.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Mohamad Razali.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]