Pencarian pesara guru hilang di lautan diperluas

in Edisi by


KOTA BHARU – Misi pencarian pesara guru, Wan Hussin Wan Abdullah, 62, yang dilaporkan hilang di laut, selepas menjala ikan di muara Kuala Besar di sini kelmarin diperluaskan sehingga 20 batu nautika dari pesisir pantai hari ini.


Ketua Zon Kota Bharu, Balai Bomba dan Penyelamat Kelantan, Penguasa Bomba Kanan II, Syobirin Abd Kadir berkata, untuk pencarian semalam, seramai 62 anggota menyertai misi pencarian itu yang melibatkan anggota bomba, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Maritim ,Angkatan Pertahanan Awam (APM), polis marin dan persatuan nelayan.


“Bomba dan Maritim menggunakan sebuah bot, APM satu bot, polis Marin satu bot dan persatuan nelayan sembilan bot.


“Pada permulaannya kita perluaskan pencarian sehingga tiga batu nautika namun masih belum berjaya menemui dan kita luaskan kawasan pencarian sehingga 20 batu nautika dengan bantuan pihak Maritim,” katanya.


Syobirin berkata, sehingga jam 6.30 petang semalam, mangsa masih belum ditemui dan misi pencarian ditangguh dan akan diteruskan pagi esok,”katanya.


Dalam kejadian petang kelmarin, Mangsa Wan Hussin Wan Abdullah, 62, bersama rakannya,Wan Zaidi Wan Hussin, 57,  keluar menjala udang bagi memenuhi hobi masa lapangnya, di kawasan pantai berkenaan dan sering ke kawasan itu.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]