Remaja terjun sungai dikhuatiri lemas

in Edisi by


JELI- Seorang remaja dikhuatiri lemas selepas bertindak nekad terjun ke Sungai Jebob, Bukit Bunga di sini untuk menyelamatkan diri selepas dikatakan terkejut dengan kehadiran anggota polis di kawasan itu.


Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Suprintendan, Suzaimi Mohamad berkata, dalam kejadian kira- kira jam 4.30 petang itu, Mohamad Fahmi Hassan, 18, dipercayai dihanyutkan arus deras.


“Operasi mencari dan menyelamat bermula pagi ini dan akan diteruskan. Semalam arus air agak deras, kita dah gerakkan empat agensi penyelamat, iaitu polis, bomba dan penyelamat, serta Angkatan Pertahanam Awam.


“Kita turut mendapat kerjasama daripada Unit Scuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, Marin Thailand dan penduduk setempat. Kita akan terus mencari sehingga mangsa dijumpai, ” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Suzaimi berkata, mangsa dikatakan terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis yang datang ke lokasi berkenaan untuk menjalankan siasatan berhubung laporan berkaitan satu tangkapan dibuat sebelum ini.


“Tak ada kejar mengejar, mangsa lari kerana terkejut, ” katanya.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]