Rumah Ngaji di Taman Keramat

in Edisi Selangor KL by


KUALA LUMPUR – Pembukaan Rumah Ngaji @ Persatuan Kebajikan Raudhah Al-Jannah di Taman Keramat di sini pada 5 November lalu, memberi peluang penduduk setempat mempelajari al-Quran.


Penggeraknya, Rapiaah Ali berkata, beliau terpanggil untuk membuka Rumah Ngaji di bawah persatuan selepas mengikuti program Retreat Rumah Ngaji kedua pada 21 dan 22 Oktober lalu.


Beliau yang juga pengerusi persatuan tersebut memberitahu, kini terdapat 60 ahli yang menjalankan kerja-kerja amal kebajikan.


“Sebelum ini, saya bergerak di bawah Rumah Ngaji@Ummi World dan pernah mengikut kursus Training of Trainers untuk belajar al-Quran menggunakan teknik Al-Badar dan tadabbur serta tazakkur.


“Kini tiba masanya untuk saya mengembangkan aktiviti berinteraksi dengan al-Quran iaitu baca, faham dan amal bersama keluarga, jiran dan komuniti setempat.


“Ia secara langsung memberi peluang dan semangat kepada anak cucu mengaji al-Quran di rumah.


“Orang ramai dijemput sertai kelas al-Quran pada hari Selasa dan Rabu,” katanya.


Majlis perasmian pembukaan Rumah Ngaji@Persatuan Kebajikan Raudhah Al-Jannah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff.

Rapiaah dan Pak Legisan bersama tetamu menunjukkan tanda sokongan terhadap kempen My Family #QuranHour.


Pada majlis sama, Marhaini turut berkongsi maklumat mengenai program #saving families di bawah kempen My Family #QuranHour.


Selain itu, tetamu istimewa dari Indonesia, Legisan Samtafsir atau Pak Legisan yang juga merupakan seorang trainer Al Balad berkongsi ilmu bertajuk ‘7 amalan harian ikut sunnah’ bersama tetamu.


Turut hadir Pengerusi Rumah Ngaji Wilayah Persekutuan, Zaharah @ Pon Abd Aziz, ahli Persatuan Kebajikan Raudhah Al-Jannah, anak yatim dan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh, dan penggerak Rumah Ngaji.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]