Samsung tawar baiki produk terjejas banjir

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Samsung Malaysia Electronics menawarkan perkhidmatan membaik pulih secara percuma perkakasan dan peranti pelanggannya yang rosak akibat banjir baru-baru ini.


Dalam satu kenyataan hari ini, Samsung berkata mulai sekarang hingga 31 Disember pusat penyelenggaraan terpilih di Pulau Pinang dan Kedah akan membaiki produk Samsung yang rosak.


“Bagi perkhidmatan pembaikan produk rumah (televisyen lebih 32 inci, mesin basuh, peti sejuk dan penyaman udara), pelanggan perlu menghubungi dahulu Samsung Care-Line di talian 1800-22-8899 (untuk peranti mudah alih) atau 1800-88 -9999 (untuk produk lain) untuk membuat temu janji,” katanya.


Menurut Samsung, bagi produk yang mudah dibawa (peranti mudah alih, pembersih vakum, ketuhar gelombang mikro, penulen udara, televisyen di bawah 29 inci dan sistem rumah audio), pelanggan dikehendaki menghantar produk yang terjejas kepada Pusat Servis Samsung di Pulau Pinang atau Kedah. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]