Beberapa lokasi di Seremban dilanda banjir kilat

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


SEREMBAN – Hujan lebat berterusan sejak petang tadi mengakibatkan banjir kilat melanda beberapa lokasi di sekitar bandar ini termasuk dua kawasan perumahan.


Antara kawasan yang terjejas ialah Jalan Tuanku Munawir berhadapan bangunan KM Plaza, Terminal Satu, Jalan Mantin-Seremban, Jalan Templer, Taman Pulasan dan Taman Jasper.


Hujan yang bermula kira-kira jam 4.30 petang itu turut menyebabkan lebih 10 kenderaan kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) dan Pejabat Perhubungan Umno Negeri Sembilan yang diletakkan di kawasan parkir bawah tanah, ditenggelami air setinggi kira-kira 0.5 meter.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohamad Idris berkata, hujan lebat secara berterusan yang menyebabkan air longkang melimpah.

Foto Pembaca


“Jadi banyak kawasan alami banjir kilat. Kita juga terima maklumat ada kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang.


“Bagaimanapun tiada mangsa yang terlibat. Ada satu kes di Jalan Mantin yang kereta Honda Jazz dipandunya terkandas di dalam banjir kilat, namun telah berjaya diselamatkan,” katanya.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]