Lima penuntut UPNM tidak mengaku bunuh rakan

in Semasa by


KUALA LUMPUR- Lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi atas pertuduhan membunuh seorang Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, Mei lalu.


Tertuduh, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri membuat pengakuan tidak bersalah itu pada sebutan kali pertama di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.


Dakwaan ke atas kesemua mereka yang berusia 21tahun itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Sementara itu,  Abdoul Hakeem Mohd Ali pula mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat membunuh Zulfarhan.


Bagi kesalahan itu pula dakwaan dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan.


Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi, di sini, pada 21 dan 22 Mei lalu.


Mahkamah kemudian menetapkan 13 November ini untuk sebutan semula kes.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah.


Keenam-enam tertuduh diwakili peguam Mohd Fadly Hashim, Nurul Syuhada Abdullah, Zamri Idrus dan Joshua Tay.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]