Mayat terakhir kru kapal korek dijumpai

in Global by


SINGAPURA – Mayat terakhir kru kapal korek yang berdaftar di Dominica, JBB DE RONG 19, dijumpai pada Ahad lepas.


Anggota penyelam menemui mayat itu di dalam struktur penginapan kapal korel berkenaan semasa operasi menyelamat, kata Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA)  dalam kenyataan terkini di sini pada Jumaat.


Pada 13 September, kapal korek itu berlanggar dengan sebuah kapal tangki yang berdaftar di Indonesia, Kartika Segara, di perairan Singapura.


Berikutan penemuan kesemua 12 anggota kru JBB DE RONG 19  – tujuh diselamatkan dan lima mayat dijumpai – operasi mencari dan menyelamat kini ditamatkan, kata MPA.


Seorang rakyat Malaysia adalah seorang daripada lima anak kapal yang hilang manakala empat lagi merupakan warga Cina.


Mayat rakyat Malaysia itu dijumpai pada hari berlaku perlanggaran.- Bernama


Source: SH Global

[featured-video-plus]