Nissan tawar rebat, percutian ke Eropah

in Bisnes by


EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), unit jualan dan pemasaran kenderaan Nissan di Malaysia, menawarkan rebat dan penjimatan sehingga RM6,500 ke atas model terpilih Nissan sempena kempen bertemakan Star Wars sepanjang bulan ini.


Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata, promosi RM1 juga diteruskan ke atas pakej aksesori premium dan rebat sehingga RM4,500.


“Sebagai rakan rasmi automotif untuk filem  Star Wars, kami berharap kempen tersebut menjadi satu platform untuk lebih dekat dengan pelanggan.


“Nissan turut menawarkan hadiah percutian ke Eropah bagi mereka yang buat pembelian sepanjang kempen itu,” katanya.


Selain itu, katanya, pemenang akan peroleh pas wayang eksklusif Star Wars: The Last Jedi, di samping promosi hebat beberapa model Nissan sepanjang bulan ini.


Katanya, ETCM akan melancarkan kempen tersebut dengan kenderaan bertemakan Star Wars yang unik pada acara Malaysia Autoshow 2017 anjuran Institut Automotif Malaysia di Maeps, Serdang bermula 9 hingga 12 November ini.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]