Operasi mencari diteruskan, tambah aset udara

in Edisi Pahang by


KUALA ROMPIN – Operasi mencari dua penduduk Pulau Tioman yang hilang di lautan ketika dalam perjalanan ke pulau peranginan itu pada Rabu lalu diteruskan hari ini.


Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Azli Mohd Noor berkata, bilik gerakan mencari dan menyelamat telah dibuka di jeti Kampung Sungai Puteri.


Menurutnya, operasi semalam yang disertai tiga agensi iaitu polis, Maritim dan Jabatan Taman Laut Malaysia Pahang termasuk kumpulan penduduk tidak menemukan sebarang petunjuk.


“Bagi operasi hari ini kita menambah aset-aset mencari termasuk aset udara oleh pihak Maritim,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.


Portal Sinar Online semalam melaporkan dua penduduk Pulau Tioman dilaporkan hilang selepas bertolak menaiki bot laju dari Jeti Sungai Puteri, di sini, sekitar jam 1.30 petang, kelmarin.


[ARTIKEL BERKAITAN: Dua penduduk Pulau Tioman hilang di laut]


Mereka dalam perjalanan untuk pulang ke pulau peranginan itu namun dipercayai hilang selepas masih tidak sampai hingga hari ini.


Kedua mangsa yang hilang dikenali sebagai Amat Muhamad, 50, dan Mohd Abdul Lattif Kasim, 20.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]