Penyanyi Teluk bergabung kutuk Qatar

in Global by


BEBERAPA penyanyi dari beberapa negara Teluk di Timur Tengah bergabung dan melancarkan lagu yang menuduh Qatar pengkhianat dan dalang krisis diplomatik yang melanda rantau tersebut.


Menurut laporan Al-Jazeera, kumpulan tersebut dianggotai oleh penyanyi-penyanyi berprofil tinggi.


Lagu yang dihasilkan kumpulan tersebut dengan jelas merujuk Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani, ayahnya Sheikh Hamad Khalifa Al Thani dan bekas perdana menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassim Al Thani.


Selain itu, lagu tersebut mengkritik bekas ahli parlimen Palestin, Azmi Bishara yang tinggal dalam buangan di Doha sejak 2006.


Tema lagu pula disampaikan dalam bentuk amaran dengan ‘nasihat’ supaya Qatar ‘tidak memasuki zon bahaya’.


Sambil itu, lagu berkenaan juga memuji Putera Diraja Emeriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan, Putera Diraja Arab Saudi Mohammed Salman dan ayahnya Raja Salman Abdulaziz Al Saud.


Pada akhir lagu, negara-negara yang memulau Qatar dikatakan cuba menyelesaikan krisis tersebut tetapi ‘Qatar degil’.


Jun lepas, Bahrain, Arab Saudi, Mesir dan UAE memutuskan hubungan diplomatik dan menutup laluan darat, laut dan udara terhadap Qatar selepas menuduh negara tersebut menyokong pengganas.


Source: SH Global

[featured-video-plus]