Polis buru dua individu

in Edisi by


PASIR PUTEH – Polis giat memburu dua individu bagi membantu siasatan bersabit kes yang dilaporkan di Cherang Ruku, dekat sini.


Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, individu terbabit adalah Mohd Kupuan Zahari, 30, beralamat di Kampung Pacakan, Semerak dan Nurul Asdayanti Mohamad, 26, beralamat di Kampung Pantai Baru, Bachok.


Katanya, Mohd Kupuan dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan manakala Nurul Asdayanti untuk Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan.


“Kita percaya mereka bersembunyi di lokasi tertentu, kita harap mereka dapat menyerah diri seberapa segera,” katanya.


Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-duanya boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh  di talian 09-7867222 atau menghubungi balai polis berdekatan.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]