Tanah runtuh di Jalan Lee Yun

in Semasa by


AMPANG – Kejadian tanah runtuh dilaporkan di Jalan Lee Yun, Taman Zoo View, di sini, petang tadi.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.47 petang.


“Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.


Beliau berkata, pihaknya mendapati tanah runtuh itu anggaran ketinggian cerunnya kira-kira 30 kaki.


“Keluasan runtuhan pula 50 kaki persegi dan jarak runtuhan dengan perumahan kira-kira 15 kaki,” katanya.


Bagaimanapun, kejadian ini tidak melibatkan mangsa dan harta benda.

 


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]