Wartawan Malaysia, Singapura dipenjara di Myanmar

in Global by


NAYPITAW – MYANMAR. Seorang wartawan warganegara Malaysia dan Singapura bersama seorang penterjermah dan pemandu dari Myanmar, dihukum penjara dua bulan.


Menurut laporan SCMP, wartawan Malaysia, Mok Choy Lin dan wartawan Singapura, Lau Hon Meng didapati bersalah menerbangkan dron di Parlimen tanpa kebenaran.


Dalam kejadian 27 Oktober lalu itu, kedua-dua mangsa sedang membuat tugasan untuk Radio dan Televisyen Turki serta cuba mengambil gambar Parlimen dan pagoda di Naypitaw.


Sejak ditahan, kesemua tertuduh tidak dibenarkan berjumpa dengan ahli keluarga masing-masing.

(Dari kiri) Penterjemah warga Myanmar, Aung Naing Soe, wartawan Singapura, Lau Hon Meng dan pemandu warga Myanmar, Hla Tin. – Foto AP


Peguam kepada penterjermah, Aung Naing Soe dan pemandu, Hla Tin menegaskan anak guamnya patut dibebaskan kerana tidak mengendalikan dron terbabit.


Selain tuduhan menerbangkan dron tanpa izin, keempat-empat tertuduh juga berdepan dakwaan mengimport dron secara haram.


Kesemua tertuduh dijangka dibicarakan sekali lagi pada 16 November ini.


Source: SH Global

[featured-video-plus]