300 Puteri Umno Melaka santuni rakyat ke akar umbi

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


BANDARAYA MELAKA – Lebih 300 ahli Puteri Umno di negeri ini menyelusuri taman perumahan dan kampung bagi menyantuni rakyat di peringkat akar umbi.


Ketua Puteri Umno Melaka, Azlieza Azizan, berkata, usaha itu serentak dijalankan di setiap bahagian di negeri ini yang mana setiap parlimen disertai kira-kira 50 ahli Puteri Umno dari pelbagai cawangan.


“Program Konvoi Ziarah Kasih, Puteri Peduli ini bukan sekadar tanda keperihatinan sayap itu kepada golongan yang kurang bernasib baik malah mendedahkan ahli Puteri dengan kerja kesukarelawan.


“Kita tidak hanya mendekati dan menziarah ahli-ahli Puteri yang ditimpa musibah dah sebagainya, malah tidak terkecuali rakyat yang memerlukan perhatian selain ada juga ahli Wanita Umno untuk kita sama merasai denyutan nadi rakyat serta turut menyampaikan sumbangan,” katanya.


Azlieza berkata demikian kepada Sinar Harian sebelum perlepasan konvoi Puteri Peduli Ziarah Kasih 2.0 Bahagian Umno Tangga Batu oleh Adun Pantai Kundor, Ab Rahman Ab Karim di pekarangan Bilik Gerakan Barisan Nasional Parlimen Tangga Batu, Klebang, pagi tadi.


Pada program itu kira-kira 50 ahli Puteri Umno bahagian itu menyertai konvoi berkenaan di beberapa lokasi termasuk Klebang, Paya Rumput, Pantai Kundor dan Sungai Udang.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]