Ambil inisiatif proaktif tarik pelabur ke Kelantan

in Edisi by


KOTA BHARU – Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra bertitah agar kerajaan negeri mengambil inisiatif yang proaktif bagi menarik pelabur ke Kelantan.


Baginda bertitah, baginda sebelum itu terlibat dalam kunjungan misi pelaburan kerajaan negeri ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Tokyo, Jepun.


“Kunjungan dengan kerjasama pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia bertujuan menarik pelabur dari kedua-dua negara untuk meneroka pelaburan di negeri ini.


“Beta berharap kerajaan negeri dapat berusaha untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh pelabur dari kedua-dua negara ini demi pertumbuhan ekonomi Negeri Kelantan yang lebih positif,” titahnya.


Baginda bertitah sempena Ulang Tahun Keputeraaan Sultan Muhammad V ke-48 di Istana Balai Besar, di sini hari ini.


Titahnya, baginda juga sukacita kerana Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negeri Kelantan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan pada tahun 2016 berbanding 2015.


“Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, prestasi KDNK negeri ini meningkat 4.8 peratus pada 2016 berbanding 3.5 peratus pada 2015.


“Rekod menunjukkan KDNK Kelantan melonjak melebihi KDNK nasional iaitu 4.2 peratus sekali gus meletakkan Kelantan pada kedudukan keenam tertinggi daripada lapan negeri lain di Malaysia yang melebihi paras pertumbuhan ekonomi negara,” titahnya.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]