GST lebih adil kepada peniaga

in Nasional by


SHAH ALAM – Sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) dianggap lebih adil dan dapat mengelak peniaga melakukan manipulasi.


Menurut pakar ekonomi tempatan, Datuk Chua Tia Guan, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mempunyai kelemahannya kerana terdapat segelintir peniaga bijak mencuri peluang untuk mengelak membayar cukai yang sepatutnya dikenakan ke atas mereka.


“Bagi peniaga yang patuh bayar cukai, sudah pasti ia tidak adil bagi mereka. Di bawah sistem GST, semua peniaga mesti melakukan pendaftaran.


“Sebaliknya berbanding sistem SST, adalah sukar bagi pihak kerajaan mengesan seseorang peniaga sama ada melakukan pembayaran cukai atau tidak,” katanya ketika memberitahu Nanyang Siang Pau.


Menurut Tia Guan, sistem GST dilihat lebih terkawal dan memberikan persaingan sihat kepada peniaga.


Beliau mengingatkan peniaga perlu sentiasa mengikut perubahan semasa mengenai pengemaskinian GST kerana ia masih dianggap baru dikuatkuasakan di negara ini.


Beliau menjelaskan, orang ramai jangan salah beranggapan, keputusan Jabatan Kastam yang kerap melakukan perubahan ke atas sistem GST semata-mata untuk kebaikan pembayar agar ia dapat dikuatkuasakan dengan lebih tersusun.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]