Lebih 200 disiasat, RM419,200b dicuri

in Global by


RIYADH – ARAB SAUDI. Pihak berkuasa Arab Saudi telah menyoal siasat 208 orang dalam siasatan anti rasuah dan menganggarkan sekurang-kurangnya AS$100 bilion (RM419,200 bilion) telah diambil melalui rasuah.


“Berdasarkan siasatan kami sejak tiga tahun lalu, kami menganggarkan sekurang-kurangnya RM419,200 bilion telah disalah guna dalam rasuah dan penyelewengan sistematik selama beberapa dekad,” kata Peguam Negara Sheikh Saud al-Mojeb dalam satu kenyataan.


Daripada 208 yang dipanggil untuk disoal siasat setakat ini, tujuh telah dibebaskan tanpa caj.


Selepas berita siasatan sampai ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), bank pusat negara itu meminta bank perdagangan dan syarikat kewangan Saudi untuk menyediakan butiran akaun 19 rakyat Saudi.


Hampir kesemua daripada 19 orang itu termasuk hartawan Putera Alwaleed Talal dan bekas Ketua Pengawal Kebangsaan, Putera Miteb Abdullah kini berada dalam tahanan.


Pihak berkuasa UAE bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa mereka memerlukan maklumat tersebut, namun pihak bank percaya ia bertindak balas di atas perintah pemerintah Saudi yang bertujuan mendapatkan semula dana haram.


Difahamkan, UAE terutamanya Dubai merupakan tempat utama di mana orang kaya Saudi menyimpan wang mereka di luar negara. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]