Lelaki maut kereta bertembung

in Edisi Selangor KL by


BELURAN РSeorang lelaki maut apabila kereta dipandunya bertembung  dengan sebuah kereta lain di Kilometer 14 Jalan Telupid-Beluran hari ini.


Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Sivanathan Velautham berkata, dalam kejadian kira kira jam 6 pagi itu, pemandu kereta jenis Perodua Viva yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Erwansah, 40,


Katanya, pemandu sebuah lagi kereta dikenali sebagai Amir Ramli, 39 , turut mengalami cedera parah, manakala dua penumpangnya hanya cedera ringan.


Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila kenderaan dipandu Amir dari arah Sandakan telah masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan dipandu Erwansah dari arah Ranau.


Siasatan juga mendapati kedua-dua pemandu tidak memiliki lesen memandu dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri, katanya.


Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat dan mangsa yang cedera parah juga menerima rawatan di hospital sama.- Bernama


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]