Rumah kongsi warga asing terbakar

in Semasa by


PORT DICKSON – Seramai 120 warga asing pekerja kontrsak binaan terselamat dalam kejadian kebakaran rumah kongsi mereka di Kampung Paya awal pagi tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Razif Mahmod Haris berkata, pasukannya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.23 pagi dan tiba dilokasi kejadian sembilan minit kemudian.



Menurutnya, bangunan rumah separuh kekal berukuran 80X80 musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu.


“Kesemua penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri.


“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan bomba,” katanya.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]