Tahan sakit hampir sejam jari tersepit

in Uncategorized by


TAIPING – Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan selama hampir sejam apabila jari telunjuk tangan kirinya tersepit pada tombol pintu.


Dalam kejadian kira-kira 4.21 petang tadi, mangsa yang berusia lapan tahun itu dibawa oleh ahli keluarganya ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan daripada pihak hospital, sepasukan anggota bergegas ke hospital bagi membantu mangsa.


Menurutnya, sebaik anggota tiba, didapati jari telunjuk tangan kiri mangsa masih lagi berada di dalam lubang tombol pintu dan gagal untuk dikeluarkan.


“Bagiamanapun, untuk tindakan awal, pihak hospital telah membius mangsa terlebih dahulu sebelum anggota bomba bertindak memotong dan memecahkan tombol berkenaan menggunakan gergaji serta alat pemotong.


“Operasi berkenaan diketuai Mazli Abd Mutallib dan jari kanak-kanak kemudiannya berjaya dikeluarkan kira-kira jam 5.46 petang,” katanya.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]