Hadi perlu jelaskan siapa penyangak

in Politik by


SHAH ALAM – Koordinator Deklarasi Rakyat, Khairuddin Abu Hassan mempersoalkan siapakah yang dimaksudkan  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penyangak dalam Pakatan Harapan.


“Cuba namakan siapakah penyangak di dalam Harapan yang beliau maksudkan itu?


“Takkan Abdul Hadi maksudkan dan tuju kepada Tun Dr Mahathir Mohamad?,” katanya dalam kenyataan, semalam.


Beliau mengulas kenya-taan Abdul Hadi yang mendakwa, Pas tidak boleh memberi harapan kepada Harapan kerana terdapat penyangak yang bersekongkol dengan punca masalah negara di dalam parti itu.


Bagaimanapun, Abdul Hadi tidak menyebut secara spesifik  pemimpin yang dimaksudkan.


 Bekas pemimpin Umno Batu Kawan itu menempelak Pas, bahawa di dalam Pas juga terlalu ramai penyangak.


Beliau mendakwa, pemimpin Pas termasuk Abdul Hadi juga ‘penyangak’ kerana menyokong dan bersekongkol dengan Umno.


“Pemimpin Harapan  bertungkus-lumus lawan rasuah dan salah guna kuasa tapi pemimpin Pas menyokongnya.


“Dulu kata Umno itu haram, segala-galanya adalah haram daripada Umno, tetapi kini Abdul Hadi boleh tidur sebantal dengan Umno. Abdul Hadi jangan berdolak-dalik lagi,” dakwanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]