Kini kita tahu tentang jasa bilal Sapno Tukijo: Guan En

in Politik by


SHAH ALAM – Ada hikmah disebalik kejadian banjir yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, walaupun sedih dan pilu berhadapan dengan bencana berkenaan,namun ia berjaya mendekatkan semangat perpaduan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau politik.


“Kini kita tahu tentang jasa bilal Sapno Tukijo yang membuka surau jagaannya di Taman Free School kepada 70 mangsa bukan-Islam.


“Kita sedar tentang Kuil Kew Ong Yeah di Jalan Megat Harun di Bukit Mertajam yang menempatkan lima keluarga mangsa banjir orang Islam; dan banyak NGO orang Islam dan bukan-Islam yang menghulurkan bantuan tanpa mengira kaum, agama atau politik,” katanya ketika berucap sewaktu Kongres Khas Parti DAP, di IDCC di sini hari ini.


Sapno Tukijo, 50, menjadi tumpuan ketika banjir melanda Pulau Pinang, baru-baru ini, apabila dia membenarkan sekumpulan 70 mangsa banjir bukan Islam berteduh di surau berkenaan.


[ARTIKEL BERKAITAN: Bilal buka surau sebab mereka dalam bahaya


Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, memang banyak lagi yang perlu dilakukan selepas bencana ini.


“Saya sedar betapa susahnya keadaan ini, dan Kerajaan Negeri sedang melakukan yang terbaik untuk rakyat.


“Saya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul sewaktu kami sedang berusaha untuk memulihkan keadaan,” katanya.


Dalam pada itu, katanya seminggu setelah bencana berlaku, Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang telah melalui empat fasa untuk menghadapi cabaran.


“Iaitu pertama, sewaktu fasa menyelamatkan mangsa, kedua, mencuci dan membersihkan rumah serta kawasan akan menjadi masalah logistik yang besar kepada Kerajaan Negeri.


“Dan ketiga, kita memang ada pelan. Setelah lima hari menangani bencana, saya telah membentangkan satu pelan di Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk menggariskan rancangan RM100 juta untuk membina semula negeri,” katanya.


Dan keempat katanya,, membina ketahanan melawan perubahan iklim akan menjadi salah satu agenda kita.


Justeru tegasnya, beliau menyeru semua rakyat Malaysia untuk berdiri bersama dengan rakyat Pulau Pinang agar kita dapat menghadapi cabaran dan kembali semula dengan penuh keyakinan.

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]