Peniaga online tidak terlepas hukuman

in Semasa by


SIK – Peniaga online tidak terkecuali daripada menerima hukuman sekiranya gagal mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Kedah, Ramle Leen berkata, hukuman itu dikenakan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 jika gagal berbuat demikian.


Menurutnya, setiap peniaga online sama ada individu atau syarikat perlu mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM.


“Bagi yang ingkar bakal dikenakan denda RM50,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada progam Sumbangan Pakaian Sekolah Kepada Anak-Anak Yatim Sekolah Kebangsaan Seluruh Daerah Sik Bagi Persekolahan Tahun 2018 di Sekolah Kebangsaan Chemara, di sini hari ini.


Ramle berkata, tindakan mendaftarkan perniagaan penting bagi mengelakkan sebarang penipuan.


Dalam pada itu beliau berkata, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tidak dikenakan sebarang bayaran pendaftaran SSM bagi menjalankan perniagaan.

 


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]