Ribut petir dijangka berterusan hingga lewat petang

in Semasa by


KUALA LUMPUR –  Ribut petir di perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sarawak (Rejang, Mukah dan Miri), Sabah (Pantai Barat) dan Labuan dijangka berterusan hingga lewat petang ini.


Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (kmsj). 


Ia juga boleh menyebabkan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot kecil.


Keadaan sama dijangka turut melanda perairan Selat Melaka Utara, Bunguran, Reef South, Labuan dan Sulawesi.- Bernama


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]