3.7 juta pemegang kad kredit adalah golongan muda

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Pemegang kad kredit utama di negara ini semakin meningkat saban tahun dan golongan muda antara yang paling ramai menggunakan perkhidmatan ini.


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata, sebanyak 3.7 juta pemegang kad kredit sejak diperkenalkan.


“Walaupun jumlah pengguna meningkat, tetapi kadar muflis sudah ada penurunan berbanding tahun sebelum ini.


“Hanya sembilan yang diisyhtihar muflis sejak awal Januari hingga September tahun ini dari kalangan mereka yang berusia lebih 30 tahun berbanding 22 pada tahun sebelumnya,” katanya yang menjawab soalan mengenai hutang kad kredit yang dikemukakan Sapawi Ahmad Wasali (BN- Sipitang), di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata, kadar muflis ini sudah berkurang di mana hanya 1.1 peratus sahaja pemegang kad ini yang muflis.


“Bank Negara Malaysia (BNM) sentiasa memastikan kadar ini tidak meningkat dengan mengadakan program pendidikan jaringan kewangan.


“Selain itu, Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit (AKPK) juga sangat membantu mengawal pengguna untuk melunaskan hutang dan memberi kesedaran.


“Pelbagai program yang telah dibuat AKPK membantu mereka yang dalam bermasalah,” katanya.


Katanya lagi, sehingga kini, lebih setengah bilion ringgit adalah jumlah hutang bukan sahaja kad kredit tetapi merangkumi hutang isi rumah.


“AKPK akan beri kaunseling kepada mereka uang meghadapi masalah menguruskan pembayaran hutang,” katanya.


Dalam pada itu katanya, hutang isi rumah pada tahun inu mengikut KDNK sudah menurun menjadi 85 peratus berbanding sebelum ini 89 peratus.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]