Campak bayi: Bekas ejen hartanah kekal ditahan

in Semasa by


PUTRAJAYA – Bekas ejen hartanah yang didakwa membunuh bayinya dengan mencampakkan mangsa dari tingkap 18, Flat Danau Kota, Setapak Kuala Lumpur kekal ditahan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta Perak, sehingga diperkenan Yang di-Pertuan Agong.


Ia berikutan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Adam Mohamed menarik balik permohonan.


“Setelah meneliti rekod rayuan, pihak pendakwaan menarik balik permohonan,” katanya.


Panel Hakim yang Pengerusi oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohtarudin Baki bersama Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Kamardin Hashim kemudiannya membatalkan permohonan itu.


Pada 15 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Norawazni Mohd Nor ditahan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan sehingga diperkenan Yang Dipertuan Agong mengikut Seksyen 348 Kanun Prosedur Jenayah.


Wanita berusia 39 tahun itu didakwa di mahkamah majistret membunuh bayi berkenaan dengan membaling mangsa dari tingkat 18 di Blok C, Flat Danau Kota, Jalan 3/23, Off Jalan Genting Klang Setapak, Wangsa Maju, pukul 8.11 pagi, 29 Februari lalu.


Sebelum ini, mayat bayi perempuan itu ditemukan dalam keadaan menghayat hati dengan parah di kepala bersama uri oleh seorang lelaki jam 8.30 pagi sebelum memaklumkan kepada polis.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]