Didenda RM10,000 import ayam tanpa permit

in Semasa by


JOHOR BAHRU – Sebuah syarikat import-eksport bahan sejuk beku didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini hari ini atas kesalahan mengimport tiga kontena karkas potongan ayam sejuk beku tanpa permit, Oktober tahun lalu.


Syarikat Moly Food Trading yang diwakili Pengurusnya, Ciah Mok Yong mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut selepas dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Mohammad Khalid Ab Karim.


Mengikut kertas pertuduhan, syarikat berkenaan didakwa mengimport karkas  iaitu Smoke/Blackpaper Duck Chest seberat 27 500 kilogram, Frozen Chicken Boneless Leg Meat seberat 24 960 kilogram dan 1QF Frozen A Grade Chicken Std Drumsticks sebanyak 22 299 kilogram dalam tiga kontena yang dirampas Jabatan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di Pelabuhan Pasir Gudang kira-kira jam 3 petang pada 26 Oktober 2016.



Karkas potongan bahan sejuk beku itu dimuatkan ke dalam tiga kontena yang diimport dari China, Hong Kong dan Singapura.


Karkas bahan sejuk beku itu didapati tidak mempunyai sebarang permit import sah dikeluarkan oleh Maqis, iaitu satu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) AktaPerkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum bawah Seksyen 11(3) akta sama.


Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Maqis, Ismail Ahmad dan Hafizah Mohammed manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Mengikut rekod, syarikat yang sama pernah dijatuhi hukuman denda RM25,000 atas kesalahan yang sama melibatkan mengimport dua kontena berisi karkas potongan ayam sejuk beku, pada 30 Mac lalu.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]